Muncul di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) dan membuat persembahan buat pertama kalinya di Malaysia, Greyson Chance benar-benar memikat hati ramai peminat baru yang terpegun dengan bakat dan rupanya walaupun baru berusia 14 tahun.
Baru-baru ini, ketika ditemubual oleh wartawan dari negara seberang, Greyson Chance yang juga seorang yang petah bercakap memberitahu bahawa Indonesia dan Malaysia mempunyai banyak persamaan.
“Indonesia sangat seronok dan mempunyai banyak budaya. Jika boleh saya katakan, banyak persamaan antara Indonesia dan Malaysia,” ujar Greyson Chance.
Dia mula dikenali melalui lagu cover-nya, Paparazi, yang ditayangkan di Youtube dan mencecah hampir 2 juta penonton setelah 2 minggu ditayangkan. Wartawan OHBULAN! juga pernah menemubual Greyson ketika dia hadir membuat persembahan 11 November lepas di sini, Greyson Chance Kagum &Teruja Bertemu Najwa Latif (Fakta Cool Tentang Si Budak Jambu!).
Untuk pengetahuan, Greyson Chance membuat persembahan bersama Najwa Latiff di AIM 18. Saksikan video selepas ini!